Suka Blog Saya ?

Resepi: Keropok makaroni

Views
16.02.2013
 Assalammualaikum dan hai,

      Hari ni aku nak berkongsi satu resepi yang sangat best dan sedap ! Korang boleh makan keropok ni dengan keluarga masa nak tengok Astro First haha. Resepi ni actually aku dapat dari rancangan '5 Rencah 5 Rasa' tapi aku tak guna 100% resepi dia aku tukar sikit ikut suka hati aku miahaha ! Okey jom mula ! 


Bahan-bahan
Makaroni
Serbuk Maggi Goreng Sedap
Serbuk secukup rasa (ditumbuk halus)
Serbuk kari daging (selain kari daging kari lain pun boleh)
Origano (kalau tak nak letak pun takpe)

Cara-cara
Makaroni direbus bersama minyak masak (supaya tidak melekat).Bila sudah kembang ,toskan makaroni dan sekali lagi gaul bersama sedikit minyak masak diatas sebab yang sama.Tuang kan minyak masak ke dalam kuali (minyak kena banyak macam kolam renang :P) Panaskan minyak (kena betul-betul panas tak boleh suam-suam kuku nanti tak jadi).Masukkan makaroni tadi kalau banyak sangat masukkan sikit-sikit.Makaroni boleh diangkat kalau dah nampak macam rupa keropok (sorry takde gambar sebagai contoh) tapi jangan sampai makaroni tu jadi warna perang coklat tau. Lepas dah habis goreng semua makaroni,masukkan makaroni ke dalam satu bekas dan masuk kan rencah-rencah dia tadi mula-mula masukkan serbuk maggi goreng (terserah pada banyak mana makaroni korang) Lepas tu masukkan serbuk secukup rasa yang telah di tumbuk halus,masukkan pula serbuk daging jangan terlampau banyak sebab nanti dia pedas dan jangan terlampau sikit sebab nanti takde rasa so masukkan sedang-sedang sahaja,origano tu kalau nak letak,letakkan secubit je.Akhir sekali gaul kan bagi sebati dan siap sudah untuk dihidang kan kepada keluarga.

      Macam mana senang je kan? Sebelum tu nak minta maaf sangat-sangat sebab takde gambar,sebab lepas je siap buat keropok makaroni ni semua nak rasa bila dah rasa-rasa sedap memang semua menghadap tu je lah kan? Tu yang tak sempat nak ambik gambar tu hehe sorry again :) 

                                                              Assalammualaikum,Thank you :D

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum
Tinggal kan comment disini ye?