15.02.2013 Friday
Assalammualaikum dan hai,
Yeah ! Akhirnya dapat juga aku menaip :D.Hari ni aku nak cerita pasal nama timangan yang aku dapat masa aku dekat sekolah rendah.Okey sebenarnya aku ade banyak nama timangan yang telah diberi oleh rakan-rakanku yang amat baik hati !
Tapi antaranya yang memang aku akan ingat sampai bila-bila aku rasa iaitu 'Minah Karipap' dan 'Gadis Melayu Terakhir' haha amcam stylo tak? Okey jom aku nak terang kan sebab-sebabnya
Minah Karipap= Sebab dekat sekolah masa rehat je aku mesti dan akan beli
karipap dekat kantin sekolah setiap hari mesti akan beli 2-3
biji karipap.Karipap tu satu 30 sen je.Jadi kalau dah tiap-tiap
hari makan karipap mesti lah orang yang disekeliling aku ni
perasan kan yang aku ni selalu makan menu yang sama je tiap
hari so start dari situ lah nama itu melekat pada diriku huhu.
Gadis Melayu Terakhir= Okey nama yang ni aku dapat sebab cara aku berjalan
sangat lembut dan tak terlampau perlahan dan
terlampau laju, senang cerita cara aku berjalan
di mata kawan-kawan aku sangat sopan
itu sebab aku pakai kain cuba tengok aku
aku jalan pakai seluar sama je haha actually aku
pun tak tahu macam mana cara aku jalan.
![]() |
So itu je lah yang aku nak cerita kan dekat korang. Bye-bye jumpa lagi
Insyaallah.
Assalammualaikum ,Thank you :D
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum
Tinggal kan comment disini ye?