Suka Blog Saya ?

Manusia

Views
14/7/2013 Sunday

Assalammualaikum dan hai,

Lama dah jari-jari aku yang tak begitu runcing ni menaip dekat sini kan? Well aku sebenarnya jadi malas sejak dua menjak ni bukan malas buat kerja tapi malas nak buka laptop,kalau di ikut kan boleh je buka blog ni guna phone tapi tu lah tak berapa nak best pulak kan.Ok so jom start bincangkan topik hari ni.Manusia.Ya manusia,siapa manusia tu? Kitalah orang yang ada nyawa ada akal dan fikiran ni.Bila sebut manusia,orang mesti akan kata "manusia tu ada macam-macam jenis" atau " kita manusia rambut je sama hitam tapi hati lain-lain" Betul tak?

Look,memang tak semua orang sama ada yang kurus ada yang gemuk ada yang tinggi ada yang rendah ada yang lawa/kacak ada yang hodoh ada yang pandai ada yang kurang pandai.Ada manusia yang hidupnya penuh dengan kejujuran dan ada manusia yang hidupnya penuh dengan penipuan.Kita tak boleh janjikan semua orang atas muka bumi ni baik semuanya,walau majoritinya semua bertudung semua pergi ke surau setiap hari kan? Manusia...manusia ni memang pandai berlakon,memang pandai bicara yang manis-manis dan ramai yang pandai buat janji yang konon ikhlas dari hati mereka walau sebenarnya tidak dan tak ramai yang dapat kotakan janji-janji palsu mereka tu ! Ya,dah nama pun palsu memang tak lah nak dikotakan betul tak?

Ada manusia tutup aurat dengan sempurna solat alhamdullilah 5 waktu cukup,tapi sayang dia masih buat perkara-perkara kecil dan ada sebahagian darinya perkara-perkara yang besar yang dilarang oleh Allah S.W.T dan dibenci olehNya contohnya bersubahat dengan orang lain untuk meruntuh kan masjid orang lain (rumah tangga),mengumpat atau lebih tepat memfitnah orang-orang yang tidak berdosa,menyakiti hati atau menghina anak-anak yatim piatu,selalu buat orang terasa hati dengannya sehingga menyebabkan orang itu terasa atau terguris hati dengannya (sentap).Tapi dia masih memanggil dirinya seorang muslim/muslimah sejati? Dengan begitu bangga ? Memang muka tembok !

Ingat lah dosa dengan manusia lagi berat bebanding dosa kita dengan Allah,dosa kita dengan Allah boleh diampunkan kerana Allah maha pemaaf.Berat mana pun dosa kita dengan Allah tapi kalau kita buat solat taubat insyaallah semua dosa kita akan diampuniNya,tapi dosa dengan manusia kita kena pergi pada orang tu sendiri dan mohon ampun dengan dia untuk maaf kan kita, kalau orang tu tak maaf kan kita maka kita masih mempunyai dosa dengannya walau 3-4 kali pergi umrah atau haji,faham? Sebab tu orang kata cakap tu biar berlapik sikit jangan sampai terguriskan hati seseorang tu.Setajam-tajam sebilah pedang/pisau tajam lagi lidah manusia. Ingat tu.

Sekian aku ingin mengundurkan diri ini ke kamar ku yang bersepah,huahua.

P/S:Aku bukan seorang ilmuan aku cuma seorang gadis biasa yang cuba untuk memberi sedikit pendapat             dan pandangan aku itu saja tidak lebih,bukan inginkan publisiti murahan yang terlampau rendah                     nilainya.Harap kalian-kalian mengerti tentang diri ku ini :) Assallammualaikum

My New Smart Phone !

Views
25/5/3013 Saturday

Assalammualaikum dan hai.

Guess what? I got a new smart phone from my dad ! Samsung Galaxy Y. Ala telefon brand lame je pun tapi kira miracle juga lah kan,maklum lah aku ni mane pernah pakai telefon touch-screen ni. Selama ni aku dok pakai telefon Nokia je.Telefon pertama yang aku pakai, telefon Nokia yang takde colour tu hitam putih je. Lepas dah boring pakai phone tu aku tukar phone Nokia yang nipis tu tapi yang tu rosak di tengah jalan tak tahu punca kejadian huahua,lepas tu pulak aku tukar telefon ape entah Nokia jugak yang tu abang aku amik.Lepas dah agak lame tak pakai phone akak aku bagi telefon Nokia C2 dekat aku yang boleh touch and pakai keypad tu,yang ni mama aku yang ambik sebab phone dia asyik rosak je so aku dengan hati yang acah-acah terbuka ni pun bagi lah dekat mama aku.Dan itu adalah phone terakhir yang aku pakai sebelum telefon Samsung ni.
Ni phone yang aku bagi dekat mama aku

Actually aku tak mintak pun phone galaxy tu,tapi tadi time dah nak masuk waktu maghrib tu ayah aku balik so aku aku buat biase je lah kan sebab memang aku tak expect ape-ape pun dari ayah aku.Tetiba ayah aku panggil aku,aku ingat nak buat ape lah kan tapi ayah aku ajak masuk bilik aku time tu aku dah macam hah? Asal nak kena masuk bilik segale kan,kebetulan adik aku pun ade dekat situ tengah tengok tv dengan aku.Aku pun pergi je lah pastu tau-tau je lah adik aku kan memang busy body sikit dia pun sibuk nak ikut aku biar kan je lah.Time masuk blik aku tu anak gajah dua ekor (kakak aku) ade dekat dalam bilik aku,lepas tu ayah aku cakap "Lah ingat kan takde orang" Kakak-kakak aku macam tercengang jugak lah kan sebab tetibe je ayah aku masuk ,diorang sengih je lah.And then bile aku masuk bilik aku,aku tanye lah ayah aku "Kenape?" sebab macam ade secret besar gile nak bagi tau aku.

Bila aku tanye macam tu terus ayah aku seluk saku poket seluar jeans dia lepastu aku nampaklah phone yang bercover pink gitu.Masa ayah aku keluarkan ayah aku cakap "Nah untuk Kak Cik" Aku pun ape lagi terus terloncat lah dekat situ dah macam orang cacat otak dah aku time tu.Tapi dalam happy-happy aku pun aku tak lupe nak ucap kan 'Terima kasih' dekat ayah aku okey.
 
So dah terlanjur korang singgah dekat sini meh aku saji kan korang dengan gambar-gambar smart phone baru aku.Enjoy !


A limited edition pattern 


The part at the phone that I like.Corak dekat atas tu





Actually aku memang terpikat jugak mase first time aku tengok iklan phone ni dekat newspaper dan iklan dekat internet tapi time tu  memang aku tak mengharapkan sesiape pun untuk belikan phone ni untuk aku walaupun phone ni harga dia tak sampai RM500 tapi duit jugak kan and yeah for your information aku memang jage duit mak bapak aku walaupun siblings yang lain tak huahua.Dan aku tak pernah bagi tahu sape-sape pun yang aku berkenan dengan phone ni.


Mungkin ini hasil dan berkat kesabaran aku selama ni sebab dah nak masuk berapa bulan aku tak pakai phone dan yeah ini rezeki dari Allah untuk aku Alhamdullilh.Anyways thank you Ayah and thank you Allah ! Love you ! Assalammualaikum

Last words:Aku rasa ayah bagi phone ni sebab time birthday aku dia langsung tak sambut even beli kek pun      
                  tidak dan langsung tak wish birthday aku.I think this is the reason why he buy me the phone
                  hehe.