14/7/2013 Sunday
Assalammualaikum dan hai,
Lama dah jari-jari aku yang tak begitu runcing ni menaip dekat sini kan? Well aku sebenarnya jadi malas sejak dua menjak ni bukan malas buat kerja tapi malas nak buka laptop,kalau di ikut kan boleh je buka blog ni guna phone tapi tu lah tak berapa nak best pulak kan.Ok so jom start bincangkan topik hari ni.Manusia.Ya manusia,siapa manusia tu? Kitalah orang yang ada nyawa ada akal dan fikiran ni.Bila sebut manusia,orang mesti akan kata "manusia tu ada macam-macam jenis" atau " kita manusia rambut je sama hitam tapi hati lain-lain" Betul tak?
Look,memang tak semua orang sama ada yang kurus ada yang gemuk ada yang tinggi ada yang rendah ada yang lawa/kacak ada yang hodoh ada yang pandai ada yang kurang pandai.Ada manusia yang hidupnya penuh dengan kejujuran dan ada manusia yang hidupnya penuh dengan penipuan.Kita tak boleh janjikan semua orang atas muka bumi ni baik semuanya,walau majoritinya semua bertudung semua pergi ke surau setiap hari kan? Manusia...manusia ni memang pandai berlakon,memang pandai bicara yang manis-manis dan ramai yang pandai buat janji yang konon ikhlas dari hati mereka walau sebenarnya tidak dan tak ramai yang dapat kotakan janji-janji palsu mereka tu ! Ya,dah nama pun palsu memang tak lah nak dikotakan betul tak?
Ada manusia tutup aurat dengan sempurna solat alhamdullilah 5 waktu cukup,tapi sayang dia masih buat perkara-perkara kecil dan ada sebahagian darinya perkara-perkara yang besar yang dilarang oleh Allah S.W.T dan dibenci olehNya contohnya bersubahat dengan orang lain untuk meruntuh kan masjid orang lain (rumah tangga),mengumpat atau lebih tepat memfitnah orang-orang yang tidak berdosa,menyakiti hati atau menghina anak-anak yatim piatu,selalu buat orang terasa hati dengannya sehingga menyebabkan orang itu terasa atau terguris hati dengannya (sentap).Tapi dia masih memanggil dirinya seorang muslim/muslimah sejati? Dengan begitu bangga ? Memang muka tembok !
Ingat lah dosa dengan manusia lagi berat bebanding dosa kita dengan Allah,dosa kita dengan Allah boleh diampunkan kerana Allah maha pemaaf.Berat mana pun dosa kita dengan Allah tapi kalau kita buat solat taubat insyaallah semua dosa kita akan diampuniNya,tapi dosa dengan manusia kita kena pergi pada orang tu sendiri dan mohon ampun dengan dia untuk maaf kan kita, kalau orang tu tak maaf kan kita maka kita masih mempunyai dosa dengannya walau 3-4 kali pergi umrah atau haji,faham? Sebab tu orang kata cakap tu biar berlapik sikit jangan sampai terguriskan hati seseorang tu.Setajam-tajam sebilah pedang/pisau tajam lagi lidah manusia. Ingat tu.
Sekian aku ingin mengundurkan diri ini ke kamar ku yang bersepah,huahua.
P/S:Aku bukan seorang ilmuan aku cuma seorang gadis biasa yang cuba untuk memberi sedikit pendapat dan pandangan aku itu saja tidak lebih,bukan inginkan publisiti murahan yang terlampau rendah nilainya.Harap kalian-kalian mengerti tentang diri ku ini :) Assallammualaikum
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum
Tinggal kan comment disini ye?