24/5/2013 Friday
It has been a long time since I'm update my blog yang berserabut ni.So kita nak cerita pasal apa hari ni? Hmmm..okay kali ni kita buka cerita pasal islamic sikit.Semua orang pernah diduga dan pernah diberi dugaan dan cobaan daripada Allah S.W.T kan? Sesetengah orang mesti akan tanya macan ni bila diorang diduga oleh Allah S.W.T "Ape dosa yang aku dah buat? Sampai Allah bagi dugaan yang sebegini berat untuk aku?"
dan yang seangkatan dengannya.Mesti ramai yang nak tahu apa sebabnya.
Pertama,sebab Allah sayang kan kita Dia nak tengok sama ada hamba kesayangan Dia ni boleh tanggani atau tidak cobaan dan dugaan yang Dia dah turun kan untuk kita hambaNya ini.Bukan sebab Dia tak suka dengan kita.
Kedua,sebab Dia rindu kan kita.Dia rindu nak dengar suara dan rintihan kita berdoa kepadaNya,Dia bagi dugaan yang bermacam-macam sebab Dia nak kita ingat pada Dia dan selalu mohon pertolongan pada Dia.Bukan sebab dia tak sayang kita.
Ketiga,sebab Dia ingat dekat kita,sebab tu Dia selalu bagi dugaan yang kita tak pernah bayangkan seumur hidup kita ni.Bukan sebab Allah benci dengan kita dan Allah tidak pernah membenci hamba-hambaNya.
Terakhir,sebab kita ialah hamba yang terpilih.Terpilih untuk menyahut cabaran dan dugaan dariNya.Bersyukur lah sebab dalam ramai-ramai hambaNya,Dia telah pilih kita untuk diduga.
Jadi jangan sekali-kali kita mempesoalkan tentang ketentuan dan takdir yang Allah dah tetap kan.Setiap orang dah ditentukan tentang jodoh,ajal,maut semuanya ditangan Allah.Kita sebagai hambaNya kena lah sentiasa berfikiran positif dan terbuka selalu ingat yang Allah sentiasa ada disisi kita dan sentiasa ada bila kita perlukan Dia.Jangan asyik tanya soalan yang agak kurang cerdik macam yang dekat atas tadi tu tapi tanya macam ni pada diri sendiri "Aku dah terlampau jauh sangat ke daripada Allah?".Sentiasa tanya soalan macam ni bila kita diberi cobaan oleh Allah dan selalu beristighfar bila teringat yang kita dah terlampau jauh dari Allah.
Jangan terlampau sombong dengan Allah,nanti kalau Allah sombong dengan kita balik ape pun kita tak dapat nanti.Allah boleh bagi kekayaan kepada seorang fakir jika Dia mahu dan Allah juga boleh tarik balik rezeki dan kekayaan itu dengan sekelip mata sahaja jika Dia mahu.Kerana Allah maha berkuasa !
Itu saja untuk hari ni.Minta maaf jika tersilap atau tersalah maklumat pada post kali ini,saya hanyalah seorang hamba Allah yang cuba untuk berdakwah secara kecil-kecilan.Saya bukan lah seorang yang bagus dalam agama tapi hanya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengetahuan yang saya ada.Assalammualaikum :)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah Al Baqarah,2:286)
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum
Tinggal kan comment disini ye?