Suka Blog Saya ?

Syawal Menjelma

Views

Assalammualaikum dan hello, apa khabar semua? Sihat? Entry yang lepas aku cerita pasal Ramadhan Al-Mubarak kan? So entry kali ini mesti lah tentang Syawal pulak! Best dan tak sabarnya nak menuggu Syawal kan, hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa jadi manfaat kan lah seelok-eloknya okey? Malam tadi Hira dah sampai kampung dalam 9 lebih jugak lah Hira sampai sini berbuka dekat R&R Nauzubillah ramainya  takpayah nak cakap lah kan korang yang dah pernah balik kampung waktu-2 macam ni mesti tahu kan,so ?Aku dengan family aku duduk je lah dekat batu-batu dekat tepi-tepi situ and makan mana yang sempat actually for your information kampung Aku dekat Batu Pahat,Johor nih je tak jauh pun dari Klang ambil masa dalam 3-4 jam je.Raya tahun ni korang pakai baju warna apa pulak? Aku tahun ni pakai baju warna merah dan untuk raya kedua warna hitam (jubah) tapi yang hari raya kedua tu kitaorang dekat  sini ada buat hari keluarga tu yang beli sampai dua pasang baju tu.Malam ni mungkin macam malam-malam syawal yang lepas lah kan,iaitu apa lagi main bunga api lah haha dah besar gajah nih pun sibuk jugak nak main bunga api dengan mercun bagai -.- but it's okey sebab bila lagi kan nak main mercun semua tuh dengan sepupu -sepapat, sedara- mara, adik- beradik, makcik- pakcik ,cucu-cicit dan sebagainya lah kan.Tapi honestly aku cakap bila kita dah membesar nih suasana hari raya yang kita rasa meriah dulu dah hilang sikit demi sikit kan? Aku tak tahu lah kalau yang lain tak rasa macam yang aku sekarang nih tapi itu cuma pendapat aku jelah.Seriouslyh dah tak sabar nak pakai baju raya aku tuh dan nak 'Snap-snap' dengan Canon (itu ayah punya) Tapi aku rasa raya pertama nih kurang bestnya kot sebab ramai makcik dan pakcik aku raya sebelah isteri atau suam diorang dulu tu yang agak kurang best.Tapi takpe lah aku terima je semuanya yang penting aku bersyukur ke atas Hadrat Illahi kerana masih memberi aku nyawa dan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini untuk menghabis kan Ramadhan untuk tahun ini,korang pun patut bersyukur tahu :).Okey lah sampai sini je lah entry aku untuk hari ini dan dalam kesempatan ini aku nak mengucap kan kepada semua yang mengenali diri aku ini (NurFahira Nabila Bte Abd Salam) dan semua pembaca blog aku ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kalau ada terkasar bahasa atau ada yang buat hati korang terguris dan terasa aku minta maaf sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki ini harap dimaaf kan lah ye? Aku pun akan memaaf kan korang semua dengan hati yang terbuka :D Jadi Selamat Menyambut 
Hari Lebaran korang dengan gembira okey bye-bye dan assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum
Tinggal kan comment disini ye?